40 Contoh Pantun Nasihat, Penuh Pesan Moral!
Senin, 29 April 2024 - 23:10:00 WIB
8. Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
9. Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
10. Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
11. Kayu lontar tumbuh di muara
Akar berpadu di dalam tanah
Waktu belajar jangan dilupa
Agar ilmu terus bertambah
12. Sapi pijak taman kota
Rusak bunga karena layu
Jadi anak jangan durhaka
Hormatlah pada ayah dan ibu