Fazley juga merupakan lulusan Diplome de Pattiserrie dari Le Cordon Bleu Paris.
Sejak masih bersekolah di St. Johns, Fazley Yaakob sudah aktif menyanyi hingga mendapat tawaran rekaman album oleh Musicland Entertainment pada usia 17 tahun.
Ia muncul dengan album perdananya pada tahun 1995 namun tidak begitu mendapat sambutan, dan kembali melanjutkan studi di Kolej Taylor's Kuala Lumpur.
Pada 1996, BMG Music menawarkan kontrak rakaman untuk album kedua yang berjudul Impian Yang Nyata. Namun promosi album ini tergendala kerana Fazley mengambil keputusan untuk melanjutkan penfidikannya Victoria University of Wellington, New Zealand dan sarjana di Institute of Technology Australia (IOTA), Australia. Pada 2000, ia baru kembali ke Malaysia.
Pada 2001, Fazley merilis album ketiganya yang berjudul Asmara Ini terbitan Warner Music dan ini menjadi titik awal popularitasnya dengan lagu hits berjudul Asmara Ini, yang mendapat sambutan hangat masyarakat.
Pada 2002, Fazley dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Lalu kembali dicalonkan dalam kategori tersebut pada tahun 2004 dengan album Cerita Asmara.